Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah, its been awhile. Buat masa sekarang ni, aku cuma nak update apa yang dalam fikiran aku. Apa yang berlaku dalam hidup aku since last post aku akan update slow-slow.
Aku nak cakap pasal suami aku. Suami aku yang tak perfect. Yang cuma pelajarannya SPM, anak sulung kepada 6 orang adik beradik yang masih lagi belajar and kecik kecik. Yang mana dia lah yang paling kena bertanggungjawab kepada adik adik dia selepas daddy. Yang kerjanya tak tentu. Kejap sana kejap sini. Yang cuma ada moto. Yang mana bukan pilihan mana mana mak mak untuk dijadikan menantu since tidak apa nak dibanggakan mahupun diceritakan pada saudara mara lain.
Pada aku, semua tu tak penting. Yang paling penting, hati. Dulu, aku fikir jugak apa sangat yang ada pada suami aku ni sampai aku tergila-gilakan sangat kat dia. Sampai aku nak sangat kahwin dengan dia. Padahal, dia playboy, suka tipu aku, sakitkan hati aku and banyaklah benda2 bodoh masa couple dulu. Jawapannya, kebaikkan dia and hormatnya dia pada orang tua.
Bila aku decide yang aku terima lamaran dia, aku tahu yang hidup aku lepas ni akan ada banyak tanggungjawab, or senang cite aku akan rasa susah. memang betul, hidup aku dah tak macam dulu.
Tapi, dalam kesusahan yang aku hadap sekarang ni, satu benda Allah bagi kat aku yang buat aku rasa aku tak buat keputusan yang salah kahwin ngan suami aku. Perubahan dia. Dari tak sembahyang, now tak pernah miss solat, siap mengaji dan solat sunat. dari kaki lepak, now dia lah yang paling pandai jaga anak duduk rumah. sampai anak pun paling manja ngan suami. Setiap hari masak, basuh baju, mandikan iman. Setiap hari buatkan aku bekal untuk pergi kerja hari2. Setiap hari ajak aku berjemaah everytime solat. Setiap hari hantar aku pegi balik kerja. Setiap hari perkataan iloveyou keluar dari mulut dia. Setiap hari lepas solat, dia cium dahi dan doakan aku.
Ya, suami aku tak perfect tu. Yang buat aku bahagia. apa lagi aku nak. Kalau Allah berikan aku kesusahan hidup tapi Allah gantikan dengan suami yang baik and penyayang and baik gila nak, aku redha. aku sanggup.
Entri ni untuk suami aku. sebab aku rasa semenjak aku kerja ni, aku tak jadi isteri yang baik untuk dia. walhal dia dah jadi suami yang cukup baik untuk aku. Aku sayang suami aku kerana Allah. "kita kan nak masuk syurga sama-sama" - ayat dia yang paling buat aku terharu.
Biarlah orang nak cakap apa pasal suami aku. Hanya aku yang tahu apa yang sebenar-benarnya perihal dia. Khairul Azlie, Terima kasih sebab sudi jadi suami i. Iloveyou.
Sincerely,
--