Iman

Bismillahirahmanirahim

Iman,
nama anak lelaki aku. Usia baru cecah 6 bulan. Dah boleh makan bubur. Dah mula membebel. Perkataan yang selalu keluar dari mulut dia "ma ma ma" . Even menangis pun "ma ma" . Aku tak pasti sama ada dia panggil aku atau itu saja perkataan yang dia tahu.

Iman,
Lahir 15 Sept. Berat 2.9kg. Hospital Kota Bharu. Lahirkan iman tak mudah. Seksa sakit contraction aku selama 28jam. Proses meneran cuma 22 minit. Sakit. Teramat sakit. Aku sampai sekarang bila teringat saat bersalin, aku tak rasa nak mengandung lagi. Mungkin Allah dah permudahkan proses mengandung aku, tapi Dia bagi kesukaran sikit bahagian bersalin.

Iman,
Anak sulung aku. Sampai sekarang ni pun tak sangka akan ada anak masa umur aku 24tahun. Dulu masa SPM plan lepas habis SPM sambung belajar sampai master. Target kahwin umur 30. Bila dah ada segala2nya. Tapi Allah itu sebaik baik perancang. Umur 21 habis belajar, then kerja, umur 23 kahwin. 

Iman, 
Bila dah ada anak, baru aku tahu perasaan mak aku sayang aku macam mana. Baru aku tahu perasaan mak aku bila aku tak ada depan mata dia, dia akan sentiasa fikir pasal aku. Apa2 aku buat lepas ni, hanyalah untuk anak aku. Aku dah tak utamakan diri aku. Aku tak penting. Anak, amanah Allah, yang paling terpenting sekali. Hidup kau berubah 720 darjah bila kau dah ada anak. Baru aku faham, Dunia seorang ibu.

Jujur, aku tak pernah impikan untuk mempunyai anak. Masa kahwin dulu, aku plan nak hidup berdua ja ngan suami aku sampai tua. Nak tua sama sama. and mati sama sama. Ya, angan2 yang boleh dikatakan budak2. Tapi semenjak ada iman. Aku nak hidup bertiga, sampai bebila. Kalau dulu aku tak boleh hidup tanpa suami, now aku dah tak boleh hidup ta da suami dan iman. Iman dah menang hati ummi since the day you were born.

Iman,
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ummi. Akan ummi jaga iman sebaik2nya.

Sincerely,
--