Bismillahirahmanirahim
sambung part 2.
Masa aku lahirkan iman, iman keluar ja tak menangis. doktor pelatih terus bawak iman keluar. Biasanya kan selepas baby keluar ja doktor terus letak baby tu kat dada ibu supaya ada bonding time la kan. tapi aku tak merasa pun special moment tu sebab doktor terus bawak iman keluar. :(
Iman kena masuk wad kanak-kanak. Karel pergi tengok dia. Aku masih dalam labour room. Walahi segala kudrat tenaga dah habis. Tak mampu bangun dah. Karel pergi tengok iman and nurse cakap boleh lah azan dan iqamatkan iman. Karel cakap masa dia azankan iman, iman tengok ja karel dengan mata terbukak besar. And Karel menangis. I wish i was there to see this special moment.
Lepas tu doktor pelatih datang kat aku cakap iman kemungkinan ada pendarahan kat dalam kepala. sebab kepala dia bengkak and dia tak menangis bila keluar. Jantung dia pun laju semacam pelik. So dia kena tahan kat wad kanak2.
Aku tak larat nak tengok iman untuk hari pertama. Darah pun banyak keluar. Bayangkan dari sabtu malam aku tak mandi. Mama aku sampai hospital tengah hari menangis tengok aku lemah gila. Terus bawak aku pegi mandi semua and bagi makan makanan pantang. Ma tak bagi aku makan makanan hospital. Thanks ma. muah ciked. Then aku tidur ja satu hari tu sebab penat dan aku kena demam panas. Iman aku tatau apa jadi. Karel yang jaga dia. Susu pun aku ta dapat nak bagi.
Hari selasa baru aku okay sikit. terus ajak karel tengok iman. Sampai skrg ni aku tak tahu lagi rupa anak aku macam mana. Karel amik wheelchair terus bawak aku jumpa iman. Hati dup dap dup dap macam nak g first date. And when i see my child for the time, aku rasa macam tak percaya yang aku dah ada anak. Iman sangat comel. terus aku peluk dia, cium dia and menangis happy gila. haih. tak leh nak gambarkan.
Aku tanya doktor macam mana anak aku, diorang cakap iman okay tapi still kena rujuk doktor pakar. Nurse ajar aku macam mana nak breastfeed anak. Aku FAIL okay. tak reti. Betapa kekoknya aku pegang baby. Aku seriously ta da pengalaman pegang baby apatah lagi nak susukan anak. So hari kedua pun aku tak dapat nak bagi iman susu. sedih gila.
Hari kedua aku dah boleh discharge. Tapi iman belum boleh discharge. So aku ngan karel balik dulu kat rumah kota bharu. Sebak balik tanpa anak. Orang lain balik semua pegang baby. Malam tu tak lena tidur fikirkan iman.
The next day(Rabu) pagi aku terus pegi hospital tengok iman. Hari ni nekad nak susukan iman. Dah tak nak bagi iman susu formula. So pagi tu aku dukung iman and try my best untuk susukan dia. akhirnya berjaya jugak. Dia minum banyak and lama gila. tak nak lepas. aku of course lah happy. Then doktor pakar check him. So far iman okay. Tapi still taleh discharge sebab dia macam ada kuning. Tapi tak kuat. So iman kena jemur ngan lampu tu. menangis2 dia. aku pun sama menangis. sedih gila.
then lunch aku balik rehat kat rumah. Karel pun tatau nak buat apa. Dia pun ta da pengalaman. Tapi aku tabik la ngan dia, sebab dia sabar ja dengan semua benda. petang tu aku pegi balik hospital sebab nak susukan iman. dalam perjalanan ke hospital tu, karel pasang lagu arjuna beta. tetiba aku menangis tersedu2 teringatkan iman dalam wad menangis tahan sakit amik darah cucuk kaki tangan. karel dah gelabah dah. pujuk aku and tell me that everything is going to be okay.
Sampai ja hospital, iman tengah tidur. then doktor approach aku cakap iman dah boleh discharge. He is okay. kuning dia pun tak kuat mana. syukur alhamdulillah. terus aku tukar baju iman, karel uruskan pasal discharge and we headed to Pasir Mas.
Sampai ja pasir mas, aku lega sangat2. sebab ada Ma. Lega sebab the worst part is over. Iman is finally home. Aku tak perlu ulang alik hospital. Aku tak perlu berjalan banyak and sakit jahit bersalin. just grateful everything is okay. and bermula lah sesi berpantang aku.
bersambung part 3