Pengalaman Bersalin

Bismillahirahmanirahim

12 Sept 2014
Waktu ni dah masuk minggu ke 38. Memang aku hanya menunggu masa untuk bersalin ja. Petang jumaat tetiba sakit lebih macam biasa. Tapi still boleh tahan. Pegi toilet, keluar lendiran darah. Terus cakap kat ma. Ma cakap itu dah tanda tanda awal nak bersalin. Tapi tak pergi lagi hospital. Ma cakap bila dah betul2 sakit baru pegi. Sebab kadang kadang baby nak main2.

13 Sept 2014
Sakit macam semalam. Tapi still boleh tahan. Cuma waktu pagi ja aku sakit. Terus aku call karel suruh balik. Kemungkinan besar aku akan bersalin dah dalam masa terdekat ni. Orang yang paling gelabah adalah mak aku. hahaha. Maybe sebab dia tahu rasa sakit bersalin tu macam mana. Aku ni tak tahu lagi. Baru nak merasa.

Karel sampai malam tu. Malam tu jugak aku dah mula tak sedap badan and dah mula rasa sakit.

14 Sept 2014
Pagi, karel decide untuk bawak aku pergi hospital. Mama cakap better pergi hospital besar kota bharu(Raja Perempuan Zainab II) sebab kat sana banyak kemudahan and pakar. Yang mak aku tak tahu kat situ jugak lah banyak doktor2 pelatih. Ya, yang sambut baby aku adalah doktor pelatih ok. Nanti aku cerita. Kebetulan kota bharu dengan pasir mas agak jauh. Takpe, aku pergi jugak.

Pukul 11 pagi sampai hospital, register apa semua. Aku kena tunggu lagi sebelum masuk wad. sebab apa, wad PENUH. Memang musim orang bersalin agaknya. Sakit masih lagi biasa biasa. Doctor check jalan. Maksud check jalan kat sini adalah doktor masukkan tangan dia kat dalam rahim kau untuk tahu sejauh mana rahim kau terbukak. Which is sakit gila nak mampus. Masa ni baru terbukak 2cm.

Pukul 3 macam tu baru aku boleh masuk wad. Time tu sakit dah mula kuat.Nurse pulak scan jantung baby, semua okay. Karel hanya mampu tengok. Dia tatau nak buat apa. urut belakang aku pun macam tak ada kesan. Mama aku dah balik pasir mas sebab kena uruskan pasal hal rumah.   Then sekali lagi check jalan. dah terbukak 5cm. tapi still lagi kena tunggu. sebab apa. SEBAB LABOUR ROOM PULAK PENUH. Peh aku rasa macam dah nak patah dah pinggang. 

Terpaksa aku tanggung sakit contraction tu lama. Pukul 11 malam baru transfer ke labour room. dah almost 12 jam aku menanggung sakit contraction ni. Aku ingat dah boleh la ni teran keluarkan baby. Tapi tak. Doktor pelatih baru pecahkan air ketuban aku and aku kena tunggu lagi 4 jam which is pukul 3pagi baru boleh push. Aku dah tak tahan sangat sebab dah terlalu lama tahan sakit. Dengan tak makan and minum, mintak dengan nurse ubat tahan sakit. Baru aku boleh tidur sekejap.

Sakit contraction semakin kerap, 3 minit per contraction. Tepat jam 3 pagi, masa tu cuma ada nurse, aku cakap ngan nurse aku nak teran. Nurse dah tgk jalan dah terbukak 10cm and dah nampak kepala baby. Aku teran selamba ja. Mama dah ajar dah aku mcm mana nak push. Nurse terus tolong aku. Without doctor okay at first. And i was doing good. After 15 minutes of push baru doktor pelatih datang tolong. And aku dah lemah. Memang dah tak da tenaga. Sampai aku cakap ngan doktor aku tak boleh dah. Doktor and nurse bagi semangat, diorang cakap " itu anak awak, awak kena kuat". 

Lastly, tepat pukul 3.22 pagi 15 Sept 2014, pagi isnin, aku selamat melahirkan bayi lelaki bernama Iman Zulfan. Tapi iman dimasukkan dalam wad kanak kanak. 

Bersambung. 

p/s: Now aku dah rasa sakit bersalin. Wallahi, aku tatau macam mana nak describe the pain. It was beautifully horrible. 

Sincerely
--