Bismillahirahmanirahim
sambung part 2.
Masa aku lahirkan iman, iman keluar ja tak menangis. doktor pelatih terus bawak iman keluar. Biasanya kan selepas baby keluar ja doktor terus letak baby tu kat dada ibu supaya ada bonding time la kan. tapi aku tak merasa pun special moment tu sebab doktor terus bawak iman keluar. :(
Iman kena masuk wad kanak-kanak. Karel pergi tengok dia. Aku masih dalam labour room. Walahi segala kudrat tenaga dah habis. Tak mampu bangun dah. Karel pergi tengok iman and nurse cakap boleh lah azan dan iqamatkan iman. Karel cakap masa dia azankan iman, iman tengok ja karel dengan mata terbukak besar. And Karel menangis. I wish i was there to see this special moment.
Lepas tu doktor pelatih datang kat aku cakap iman kemungkinan ada pendarahan kat dalam kepala. sebab kepala dia bengkak and dia tak menangis bila keluar. Jantung dia pun laju semacam pelik. So dia kena tahan kat wad kanak2.
Aku tak larat nak tengok iman untuk hari pertama. Darah pun banyak keluar. Bayangkan dari sabtu malam aku tak mandi. Mama aku sampai hospital tengah hari menangis tengok aku lemah gila. Terus bawak aku pegi mandi semua and bagi makan makanan pantang. Ma tak bagi aku makan makanan hospital. Thanks ma. muah ciked. Then aku tidur ja satu hari tu sebab penat dan aku kena demam panas. Iman aku tatau apa jadi. Karel yang jaga dia. Susu pun aku ta dapat nak bagi.
Hari selasa baru aku okay sikit. terus ajak karel tengok iman. Sampai skrg ni aku tak tahu lagi rupa anak aku macam mana. Karel amik wheelchair terus bawak aku jumpa iman. Hati dup dap dup dap macam nak g first date. And when i see my child for the time, aku rasa macam tak percaya yang aku dah ada anak. Iman sangat comel. terus aku peluk dia, cium dia and menangis happy gila. haih. tak leh nak gambarkan.
Aku tanya doktor macam mana anak aku, diorang cakap iman okay tapi still kena rujuk doktor pakar. Nurse ajar aku macam mana nak breastfeed anak. Aku FAIL okay. tak reti. Betapa kekoknya aku pegang baby. Aku seriously ta da pengalaman pegang baby apatah lagi nak susukan anak. So hari kedua pun aku tak dapat nak bagi iman susu. sedih gila.
Hari kedua aku dah boleh discharge. Tapi iman belum boleh discharge. So aku ngan karel balik dulu kat rumah kota bharu. Sebak balik tanpa anak. Orang lain balik semua pegang baby. Malam tu tak lena tidur fikirkan iman.
The next day(Rabu) pagi aku terus pegi hospital tengok iman. Hari ni nekad nak susukan iman. Dah tak nak bagi iman susu formula. So pagi tu aku dukung iman and try my best untuk susukan dia. akhirnya berjaya jugak. Dia minum banyak and lama gila. tak nak lepas. aku of course lah happy. Then doktor pakar check him. So far iman okay. Tapi still taleh discharge sebab dia macam ada kuning. Tapi tak kuat. So iman kena jemur ngan lampu tu. menangis2 dia. aku pun sama menangis. sedih gila.
then lunch aku balik rehat kat rumah. Karel pun tatau nak buat apa. Dia pun ta da pengalaman. Tapi aku tabik la ngan dia, sebab dia sabar ja dengan semua benda. petang tu aku pegi balik hospital sebab nak susukan iman. dalam perjalanan ke hospital tu, karel pasang lagu arjuna beta. tetiba aku menangis tersedu2 teringatkan iman dalam wad menangis tahan sakit amik darah cucuk kaki tangan. karel dah gelabah dah. pujuk aku and tell me that everything is going to be okay.
Sampai ja hospital, iman tengah tidur. then doktor approach aku cakap iman dah boleh discharge. He is okay. kuning dia pun tak kuat mana. syukur alhamdulillah. terus aku tukar baju iman, karel uruskan pasal discharge and we headed to Pasir Mas.
Sampai ja pasir mas, aku lega sangat2. sebab ada Ma. Lega sebab the worst part is over. Iman is finally home. Aku tak perlu ulang alik hospital. Aku tak perlu berjalan banyak and sakit jahit bersalin. just grateful everything is okay. and bermula lah sesi berpantang aku.
bersambung part 3
-
Pengalaman Bersalin
Bismillahirahmanirahim
12 Sept 2014
Waktu ni dah masuk minggu ke 38. Memang aku hanya menunggu masa untuk bersalin ja. Petang jumaat tetiba sakit lebih macam biasa. Tapi still boleh tahan. Pegi toilet, keluar lendiran darah. Terus cakap kat ma. Ma cakap itu dah tanda tanda awal nak bersalin. Tapi tak pergi lagi hospital. Ma cakap bila dah betul2 sakit baru pegi. Sebab kadang kadang baby nak main2.
13 Sept 2014
Sakit macam semalam. Tapi still boleh tahan. Cuma waktu pagi ja aku sakit. Terus aku call karel suruh balik. Kemungkinan besar aku akan bersalin dah dalam masa terdekat ni. Orang yang paling gelabah adalah mak aku. hahaha. Maybe sebab dia tahu rasa sakit bersalin tu macam mana. Aku ni tak tahu lagi. Baru nak merasa.
Karel sampai malam tu. Malam tu jugak aku dah mula tak sedap badan and dah mula rasa sakit.
14 Sept 2014
Pagi, karel decide untuk bawak aku pergi hospital. Mama cakap better pergi hospital besar kota bharu(Raja Perempuan Zainab II) sebab kat sana banyak kemudahan and pakar. Yang mak aku tak tahu kat situ jugak lah banyak doktor2 pelatih. Ya, yang sambut baby aku adalah doktor pelatih ok. Nanti aku cerita. Kebetulan kota bharu dengan pasir mas agak jauh. Takpe, aku pergi jugak.
Pukul 11 pagi sampai hospital, register apa semua. Aku kena tunggu lagi sebelum masuk wad. sebab apa, wad PENUH. Memang musim orang bersalin agaknya. Sakit masih lagi biasa biasa. Doctor check jalan. Maksud check jalan kat sini adalah doktor masukkan tangan dia kat dalam rahim kau untuk tahu sejauh mana rahim kau terbukak. Which is sakit gila nak mampus. Masa ni baru terbukak 2cm.
Pukul 3 macam tu baru aku boleh masuk wad. Time tu sakit dah mula kuat.Nurse pulak scan jantung baby, semua okay. Karel hanya mampu tengok. Dia tatau nak buat apa. urut belakang aku pun macam tak ada kesan. Mama aku dah balik pasir mas sebab kena uruskan pasal hal rumah. Then sekali lagi check jalan. dah terbukak 5cm. tapi still lagi kena tunggu. sebab apa. SEBAB LABOUR ROOM PULAK PENUH. Peh aku rasa macam dah nak patah dah pinggang.
Terpaksa aku tanggung sakit contraction tu lama. Pukul 11 malam baru transfer ke labour room. dah almost 12 jam aku menanggung sakit contraction ni. Aku ingat dah boleh la ni teran keluarkan baby. Tapi tak. Doktor pelatih baru pecahkan air ketuban aku and aku kena tunggu lagi 4 jam which is pukul 3pagi baru boleh push. Aku dah tak tahan sangat sebab dah terlalu lama tahan sakit. Dengan tak makan and minum, mintak dengan nurse ubat tahan sakit. Baru aku boleh tidur sekejap.
Sakit contraction semakin kerap, 3 minit per contraction. Tepat jam 3 pagi, masa tu cuma ada nurse, aku cakap ngan nurse aku nak teran. Nurse dah tgk jalan dah terbukak 10cm and dah nampak kepala baby. Aku teran selamba ja. Mama dah ajar dah aku mcm mana nak push. Nurse terus tolong aku. Without doctor okay at first. And i was doing good. After 15 minutes of push baru doktor pelatih datang tolong. And aku dah lemah. Memang dah tak da tenaga. Sampai aku cakap ngan doktor aku tak boleh dah. Doktor and nurse bagi semangat, diorang cakap " itu anak awak, awak kena kuat".
Lastly, tepat pukul 3.22 pagi 15 Sept 2014, pagi isnin, aku selamat melahirkan bayi lelaki bernama Iman Zulfan. Tapi iman dimasukkan dalam wad kanak kanak.
Bersambung.
p/s: Now aku dah rasa sakit bersalin. Wallahi, aku tatau macam mana nak describe the pain. It was beautifully horrible.
Sincerely
--
Iman
Bismillahirahmanirahim
Iman,
nama anak lelaki aku. Usia baru cecah 6 bulan. Dah boleh makan bubur. Dah mula membebel. Perkataan yang selalu keluar dari mulut dia "ma ma ma" . Even menangis pun "ma ma" . Aku tak pasti sama ada dia panggil aku atau itu saja perkataan yang dia tahu.
Iman,
Lahir 15 Sept. Berat 2.9kg. Hospital Kota Bharu. Lahirkan iman tak mudah. Seksa sakit contraction aku selama 28jam. Proses meneran cuma 22 minit. Sakit. Teramat sakit. Aku sampai sekarang bila teringat saat bersalin, aku tak rasa nak mengandung lagi. Mungkin Allah dah permudahkan proses mengandung aku, tapi Dia bagi kesukaran sikit bahagian bersalin.
Iman,
Anak sulung aku. Sampai sekarang ni pun tak sangka akan ada anak masa umur aku 24tahun. Dulu masa SPM plan lepas habis SPM sambung belajar sampai master. Target kahwin umur 30. Bila dah ada segala2nya. Tapi Allah itu sebaik baik perancang. Umur 21 habis belajar, then kerja, umur 23 kahwin.
Iman,
Bila dah ada anak, baru aku tahu perasaan mak aku sayang aku macam mana. Baru aku tahu perasaan mak aku bila aku tak ada depan mata dia, dia akan sentiasa fikir pasal aku. Apa2 aku buat lepas ni, hanyalah untuk anak aku. Aku dah tak utamakan diri aku. Aku tak penting. Anak, amanah Allah, yang paling terpenting sekali. Hidup kau berubah 720 darjah bila kau dah ada anak. Baru aku faham, Dunia seorang ibu.
Jujur, aku tak pernah impikan untuk mempunyai anak. Masa kahwin dulu, aku plan nak hidup berdua ja ngan suami aku sampai tua. Nak tua sama sama. and mati sama sama. Ya, angan2 yang boleh dikatakan budak2. Tapi semenjak ada iman. Aku nak hidup bertiga, sampai bebila. Kalau dulu aku tak boleh hidup tanpa suami, now aku dah tak boleh hidup ta da suami dan iman. Iman dah menang hati ummi since the day you were born.
Iman,
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ummi. Akan ummi jaga iman sebaik2nya.
Sincerely,
--
Suami yang tak perfect
Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah, its been awhile. Buat masa sekarang ni, aku cuma nak update apa yang dalam fikiran aku. Apa yang berlaku dalam hidup aku since last post aku akan update slow-slow.
Aku nak cakap pasal suami aku. Suami aku yang tak perfect. Yang cuma pelajarannya SPM, anak sulung kepada 6 orang adik beradik yang masih lagi belajar and kecik kecik. Yang mana dia lah yang paling kena bertanggungjawab kepada adik adik dia selepas daddy. Yang kerjanya tak tentu. Kejap sana kejap sini. Yang cuma ada moto. Yang mana bukan pilihan mana mana mak mak untuk dijadikan menantu since tidak apa nak dibanggakan mahupun diceritakan pada saudara mara lain.
Pada aku, semua tu tak penting. Yang paling penting, hati. Dulu, aku fikir jugak apa sangat yang ada pada suami aku ni sampai aku tergila-gilakan sangat kat dia. Sampai aku nak sangat kahwin dengan dia. Padahal, dia playboy, suka tipu aku, sakitkan hati aku and banyaklah benda2 bodoh masa couple dulu. Jawapannya, kebaikkan dia and hormatnya dia pada orang tua.
Bila aku decide yang aku terima lamaran dia, aku tahu yang hidup aku lepas ni akan ada banyak tanggungjawab, or senang cite aku akan rasa susah. memang betul, hidup aku dah tak macam dulu.
Tapi, dalam kesusahan yang aku hadap sekarang ni, satu benda Allah bagi kat aku yang buat aku rasa aku tak buat keputusan yang salah kahwin ngan suami aku. Perubahan dia. Dari tak sembahyang, now tak pernah miss solat, siap mengaji dan solat sunat. dari kaki lepak, now dia lah yang paling pandai jaga anak duduk rumah. sampai anak pun paling manja ngan suami. Setiap hari masak, basuh baju, mandikan iman. Setiap hari buatkan aku bekal untuk pergi kerja hari2. Setiap hari ajak aku berjemaah everytime solat. Setiap hari hantar aku pegi balik kerja. Setiap hari perkataan iloveyou keluar dari mulut dia. Setiap hari lepas solat, dia cium dahi dan doakan aku.
Ya, suami aku tak perfect tu. Yang buat aku bahagia. apa lagi aku nak. Kalau Allah berikan aku kesusahan hidup tapi Allah gantikan dengan suami yang baik and penyayang and baik gila nak, aku redha. aku sanggup.
Entri ni untuk suami aku. sebab aku rasa semenjak aku kerja ni, aku tak jadi isteri yang baik untuk dia. walhal dia dah jadi suami yang cukup baik untuk aku. Aku sayang suami aku kerana Allah. "kita kan nak masuk syurga sama-sama" - ayat dia yang paling buat aku terharu.
Biarlah orang nak cakap apa pasal suami aku. Hanya aku yang tahu apa yang sebenar-benarnya perihal dia. Khairul Azlie, Terima kasih sebab sudi jadi suami i. Iloveyou.

Thank You, son
Bismillahirahmanirahim,
Wahai anakku,
Ummi nak berterima kasih pada mu, sebab kuat untuk ummi untuk ummi berpuasa penuh pada ramadhan kali ni. Ummi gembira dan bersyukur sangat. Setelah sekian lama, ummi dapat berpuasa penuh, habiskan 30 juzuk Al-quran which ummi tak pernah dapat buat. Terima kasih anakku, kerana bertahan untuk ummi. kerana buat ummi gembira. Allahu, moga apabila kamu dilahirkan kelak, kamu menjadi anak yang soleh. Ummi amat menyayangi kamu.

Ramadhan
Bismillahirahmanirahim
Hey! Its been a while. And Ramadhan is finally here. I wish all muslim Ramadhan Kareem and May we all have a bless and wonderful month. Bulan Ramadhan la yang paling aku tunggu-tunggu sekali tahun ni. Sebabnya aku ada peluang untuk berpuasa penuh. Yeay ! Moga baby kuat tahan bersama-sama dengan ummi okay :) . Tapi kalau tak larat tak apa lah. Janji dah usaha :D
Baby dah masuk 28 minggu. Alhamdulillah. Semuanya okay. Kecuali kedudukan baby sonsang. Kepala di atas dan kaki di bawah. Which is not good. Kalau tak ubah juga kedudukan, kemungkinan kena bersalin melalui caesarean. Hmm, perasaan tu takut dan risau. Terus msg mama dan DD. Diorang kata normal, dont worry. Masih ada masa untuk baby pusing. Banyakkan doa dan buat solat hajat. Ada jugak aku baca tips2 untuk pusingkan baby. Kena merangkak la, letak pek ais, berenang. Will try all these when the baby at 31 weeks and still sonsang.
Jantina. Dah tahu. Tapi tak pasti. Tapi doktor cakap kemungkinan besar baby boy. Aku kalau doktor cakap kemungkinan besar tu maknanya tak boleh diterima lagi. Kena dia cakap confirm baru aku percaya. Haha. Next scan hopefully dapat tahu la. Hmm, nama untuk anak lelaki ni susah la. Anak perempuan senang ja. Dah ada pun satu.
Looking forward to see you, son. Ummi and papa can't wait to see you.

I'm Pregnant !
Bismillahirahmanirahim,
Lama ta update blog. Actually tak ada cerita pun. Sebab tu tak update pape. Just having a normal routine of life. My life is kinda boring. :)
Well, hari tu aku dengan karel has officially announced our pregnancy on facebook and instagram.After almost 5 months we shut our mouth about it, keep it as our little secret, we finally reveal it. Aku sebenarnya tak terasa nak beritahu pun. I mean, cukup la sekadar family dah teman rapat tahu. Tapi aku ubah keputusan untuk beritahu sebab diorang ni suka bertanya bila nak ada baby, orang yang baru kahwin pun dah pregnant, kau bila lagi and the list goes on. Mula mula boleh la lagi senyum jawab belum ada rezeki, lek lu, honeymoon tak puas lagi. Kemudian jawab secara sacrasm pulak. Lama lama bila dah mula rimas dengan soalan ni. Nah kau, aku heboh satu kampung terus. Senang. End of story. hahaha
Okay, so my pregnancy. Alhamdulillah, tidak la susah yang disangka sangkakan. hahaha. Morning sickness, sekali dalam sebulan ja aku kena. Again, Alhamdulillah. sebab aku tahu macam mana seksanya apabila kena morning sickness. So aku sangatlah respek pada mana2 pregnant lady yang morning sickness dia teruk and sabar. salutee !. Aku yang hanya kena sebulan sekali ni pun dah terasa seksa. hahaha. Syukur. Boleh dikatakan sepanjang mengandung, aku hanya kena 5x ja morning sickness. And tak ada alahan jugak. Cuma kadang2 tak boleh makan ayam.
Craving. Ini pun ta ada sangat. Cuma ada lah tetiba nak makan fries. itu je la. Dan aku sangat sangat lah makan banyak. Sampai karel pun terkejut aku makan dengan begitu banyaknya. Baru lepas makan nasi pun still lapar. Mulut ni tak boleh stop nak mengunyah. Asyik nak makan ja. Yang best partnyaaaa, berat aku tak naik2!! . Sampaikan nurse pun geleng kepala dengan berat aku. Hahaha. Nak buat macam mana nurse. Saya makan banyak dah.
Baby pulak. Alhamdulillah, sihat dia. Dan dia sangat sangatlah aktif. Bergerak sentiasa. Sampai doktor cakap baby aku ni ganas. Aktif sangat. BHAHAHA. adui laa. Tapi kan. Aku seronok baby aktif. Allahu, bila kita dapat rasa gerakan dia, perut kita bergerak2 sebab dia tumbuk or tendang aku tatau, perasaan tu happy sangat. Tape k baby. Ummi suka baby bergerak2. Aktif la okay dalam perut tu. :)
Jantina memang tatau lagi. Semua orang predict its going to be a baby boy. Aku rasa baby girl. Nama untuk baby girl dah pilih. Yang lelaki ni banyak sangat pilihan. Mula2 dah ada satu nama ni. Tapi panjang sangat lah pulak. So aku dengan karel masih mencari nama untuk baby boy.
Due kemungkinan 24 September 2014. In Shaa Allah.Pada aku tak kisah pun bila2. Janji bulan sepetember dan baby sihat sempurna sifat. Cuma nak bersalin tu ja aku takut sikit.
Mudah mudahan dipermudahkan segalanya.Amiin. Tidak ada apa yang aku harapkan sekarang ni melainkan melahirkan baby yang sihat. Laki atau perempuan, Allah yang beri untuk aku. Aku terima.
Dan aku juga harap aku dapat jadi ibu yang baik. Amanah Allah itu satu tanggungjawab yang sangatlah besar. Moga aku kuat dan tabah. :)
Okay lah itu je kot.
Sincerely,
--
Subscribe to:
Comments (Atom)